Tuesday, February 8, 2011

Iman Mutiara Hidup

Dalam meniti arus kehidupan
Pelbagai cabaran dan rintangan
Menjadi medan ujian
Menguji taqwa dan iman

Andai bersulam aqidah yang mampan
Pasti bersemi sinar harapan
Menempa bahagia bergemerlapan
Di syurga sana taman impian

Suburkanlah benih cinta
Pada yang Esa Pencipta segala
Abdikan diri rebutlah ganjarannya
Menjana modal insan permata berharga

Ayuhlah teman remaja harapan
Aturkan langkah bina kejayaan
Bersatu hati menuju wawasan
Berpaksikan iman mutiara kehidupan

Benarkan di dalam hati,yakinilah..
Akui dengan kalimah,syahadah..
Buktikan dengan amalan,amalkanlah..
Hakikat iman sempurna akan menyerlah..

Iman itu akan bertambah
Bila ilmu dan amal bercambah
Iman itu akan berkurang
Bila dosa ringan dipandang..

No comments:

Post a Comment